Kos dan perancangan membina rumah?

Kos membina sebuah rumah adalah berbeza mengikut jenis tapak tanah, harga bekalan bahan, reka bentuk dalaman, upah kerja, dokumentasi dan kelulusan daripada agensi kerajaan. Secara amnya kos keseluruhan membina sebuah rumah teres 1 tingkat diatas tanah yang keras dengan keluasan binaan 1800 kaki persegi bermula dari RM155,000.00 (reka bentuk asas/basic design).


Merancang peruntukan anda:

1. Meratakan tanah dan penggalian.

Kerja-kerja pembersihan, meratakan tanah dan penggalian.

2. Tapak rumah

Pastikan strukutur tanah anda sesuai dengan reka bentuk tapak asas rumah anda. Rumah dikawasan tanah paya di sarankan menggunakan cerucuk/RC pile bagi memastikan rumah anda tidak mengalami keretakan. Lebih banyak bilangan cerucuk, panjang dan bersaiz besar maka lebih teguh tapak rumah anda.

3. Yuran pelan, permit, kelulusan dan pemeriksaan agensi kerajaan.

Kos membina pelan, permit, kelulusan dan pemeriksaan agensi kerajaan bergantung pada agensi di daerah anda.

4. Saiz dan tingkat rumah anda.

Anda perlu kenal pasti saiz binaan, jumlah ruang tamu, bilik mandi, bilik tidur, saiz dapur dan tingkat rumah. Lebih banyak bilik bilik yang di bina maka kos pembinaan akan bertambah.

5. Peralatan, kelengkapan dan perabot.

Sekiranya anda mempunyai belanjawan tambahan. Anda boleh sesuaikan rekaan dalaman mengikut citarasa anda. Anda boleh mengupah Pereka Dalaman / Interior Design (ID) untuk mengubah suai rekaan dalaman rumah mengikut citarasa anda.







Popular Posts