PERKHIDMATAN



  • Konsultasi
IZCR memberi khidmat nasihat kepada pemaju, syarikat kontraktor atau pemilik bagi kerja-kerja pembinaan. Kami turut menyediakan perkhidmatan menyediakan kontrak perlantikan berpandukan undang-undang pembinaan Malaysia. Bagi mengelakan kos berganda, kami juga menyediakan perkhidmatan merangka Master Work Program bagi memastikan setiap projek yang dijalankan mempunyai hala tuju dan tempoh siap. Master Work Program kebiasaanya di sediakan sebelum projek bermula, jika terdapat sebarang permasalahan dalam proses perlaksaan projek. Maka pelanggan boleh mengubah Master Work Program yang sedia ada dan disesuaikan dengan keadaan semasa. 

  • Mereka bentuk, Menguruskan, Membina dan Memantau (4M)
Sebagai "One Stop Centre" kami ingin memastikan pelanggan kami dapat menjalankan tugas harian mereka dengan tenang. Dengan perlaksanaan 4M, pelanggan kami tidak perlu bersusah payah memantau dan melawat tapak binaan kerana pihak IZCR akan melakukan segala kerja-kerja kasar untuk para pelanggan. Laporan kerja bulanan akan diserahkan kepada pelanggan termasuk ringkasan kemajuan kerja, peratusan kerja siap dan gambar. 

  • Kualiti hasil kerja
Dengan kerja sama pakar seni bina yang berpengalaman. Jaminan hasil kerja yang berkualiti sesuai dengan permintaan pelanggan kami.

  • Pengurusan projek kritikal
Mengenal pasti kegagalan projek dan merangka kaedah yang terbaik bagi memastikan projek berada pada landasan yang betul. Langkah pertama kami akan memantau kitaran projek sedia ada, langkah kedua kami akan mengenal pasti kelemahan pada kitaran projek dan langkah ketiga menyediakan laporan penuh dan cara mengatasi kelemahan pada kitaran projek sedia ada. Critical path management dan Critical Chain Management akan diguna pakai bagi melengkapkan kelemahan kiataran projek sedia ada.
  • Penyelenggaraan bangunan 
Kami juga menyediakan perkhidmatan memantau dan penyelenggaraan rumah pusaka, pejabat,  bangunan kerajaan dan rumah persinggahan. Pemantauan dan penyelenggaraan biasanya akan dilakukan empat (4) kali setahun mengikut jadual yang akan diberi kepada pelanggan.

Popular Posts