Beli rumah atau tanah?

Harga pasaran rumah siap untuk diduduki semakin tidak terkawal. Bagi mereka yang berpendapatan RM3,500.00 sebulan juga semakin sukar mendapat kelulusan pinjaman dari institusi keuwangan.

Nilai rumah bertingkat (tanpa tanah) tidak kurang daripada RM300,000.00 dengan keluasan 1200 sehingga 1500 kaki persegi. Bayaran pinjaman bulanan diantara RM1,500.00 sehingga RM2,000.00 dan baki dalam tangan kurang daripada 50%.


Manakala tanah dikawasan luar bandar boleh diperolehi dengan harga RM150,000.00 satu ekar. Bayaran pinjaman bulanan anda hanya RM800 sehingga RM1,000.00 sebulan.
**bayaran pinjaman bulanan adalah berbeza tertakluk pada institusi keuwangan


Anda juga boleh memanafaatkan tanah yang dibeli dengan mengusahakan hasil asas tani. Selepas limau (5) tahun, anda boleh membuat pinjaman semula / refinance tanah yang dimiliki untuk membina kediaman untuk diduduki atau disewakan bagi menampung kos bayaran bulanan.

Kini pada tahun keenam (6) anda telah pun memiliki 2 asset tetap iaitu sebidang tanah seluas 1 ekar + rumah + 1 pendapatan pasif.


Popular Posts